Warisan.net adalah sebuah laman sosial malaysia hasil buatan anak bangsa. beliau berumur 18tahun telah mencipta satu laman sosial yang sempurna tanpa ada pertolongan dari kawannya atau mana-mana pihak.

Warisan.net

Archive for June 2014

Keadaan dan budaya sekarang dalam negara kita adalah "Semua tempat dibenarkan untuk merokok kecuali tempat yang dilarang". Kerajaan seharusnya perlu menjadikan "Semua tempat adalah kawasan larangan merokok kecuali tempat yang dibenarkan", barulah hak orang yang tidak merokok lebih diutamakan. Ini tidak, hak orang yang merokok pula yang lebih diangkat kerana mereka boleh merokok di mana2 sahaja yang mereka mahu selagi ia bukan kawasan larangan.
Sepatutnya perokok yang perlu cari tempat untuk merokok, bukan orang yang tidak merokok pula yang terpaksa pergi dan menjauhkan diri dari orang yang merokok di tempat awam. Bukan perokok berhak untuk berada di mana2 dengan bebas tanpa asap rokok. Anak2 kita berhak menyedut udara segar di mana2 sahaja tanpa perlu menyedut asap rokok hembusan orang lain di tempat2 awam. Kami sebagai bukan perokok serta kanak2 kecil berhak mendapatkan persekitaran yang sihat tanpa asap rokok. Budak bawah umur hisap rokok dengan selamba mak bapaknya di tempat awam Kerajaan tolong la buat peraturan merokok yang ketat gila babi macam Singapura dan kuatkuasakan denda yang tinggi kepada perokok2 yang engkar, kalau boleh haramkan terus jualannya, serius takde apa faedahnya rokok ni. Sudahlah ada babi, menghabiskan duit, bawak penyakit pula kepada orang yang hisap rokok malah tak pasal2 orang yang tak hisap pun boleh kena penyakit sebab tersedut asap2 rokok daripada perokok2 bangang yang hisap rokok tak fikir orang lain. Tapi aku tahu ia tidak mungkin akan berlaku, kerana rokok kan salah satu penyumbang utama pendapatan negara, biarlah keluar fatwa haram merokok berapa banyak pun, biarlah ada babi pun, ia tetap halal dijual dan dihisap oleh orang2 Islam. Sadis...

Perokok lebih diutamakan berbanding bukan perokok

Sunday, 15 June 2014
Posted by Unknown
Assalamualaikum dan salam sejahtera! ola ole ola.... nampaknya demam Piala Dunia 2014 sedang menyerang satu dunia, Piala Dunia Brazil FIFA #2014FIFAWorldCup akan disaksikan oleh jutaan manusia dari seluruh dunia. Jadi, sementara anda tengah rancak bersorak kepada team pilihan anda, jom layan beberapa fakta menarik mengenai penganjuran piala dunia di Brazil. kejohanan yang akan berterusan selama satu bulan, pastinya demam Piala Dunia dapat dirasai dimana-mana sahaja! Bagi anda peminat setia bola di bawah ialah 11 fakta mengenai Piala Dunia di Brazil wajib anda tahu! #2014FIFAWorldCup #Brazil 1) Kontroversi Kontroversi telah lama menyelubungi gol-gol atau sepakan sipi yang pada masa lalu hanya diadili oleh pengadil dan pembantu pengadil sahaja apabila hendak menentukan masuk ataupun tidak. Jadi, ketika seluruh dunia melihat sesuatu insiden secara berulang-ulang dari semua sudut dalam gerak perlahan, pengadil perlawanan terpaksa bergantung kepada deria dan masanya yang terhad untuk membuat keputusan.Semasa Piala Dunia 2014 di Rio nanti, pengadil akan mendapat bantuan 14 kamera dan komputer canggih. Jika gol, pengadil akan merasakan suatu getaran melalui seutas jam tangan istimewa yang akan dipakai bersama mesej yang mengesahkan 'gol'. 2) Isu Keselamatan Keselamatan jelas sekali adalah keutamaan di mana-mana acara sukan. Jadi, Piala Dunia FIFA 2014 telah memperkenalkan teknologi terbaru sebagai pengawal. Dron tanpa pemandu ciptaan Israel akan mengawal perlawanan dan menjaga keselamatan orang ramai. Robot 'Packbot 510' yang terlibat dan dikenali sebagai 'iRobot' (ini bukan gurauan) dimana, berdasarkan kenyataan mereka, dicipta dan direka 'untuk pelbagai objektif kepada tentera dan pasukan profesional keselamatan umum, meningkatkan kesedaran, pengurangan risiko dan menambahkan kejayaan misi'. 3) Brazil Sebagai Tuan Rumah Brazil dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia 2014 pada 30 Oktober 2007, 12 bandar-bandar tuan rumah adalah Rio de Janeiro, Brasilia, Sao Paulo, Fortaleza, Belo Horizonte, Porto Alegre, Salvador, Recife, Cuiaba, Manaus, Natal dan Curitiba. 4) 12 Gelanggang Terpilih Oleh Fifa Sebanyak 18 gelanggang telah dicadangkan oleh negara tuan rumah untuk menganjurkan kejohanan tersebut. Stadium-stadium tersebut akan dinilai dan dipilih oleh pihak FIFA berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Hanya 12 gelanggang sahaja yang akan terpilih. 5) Nama Stadium & Kapasiti Jumlah Penonton Terdapat 12 stadium di Brazil yang terlibat dalam 32 hari Piala Dunia 2014 iaitu stadium Mangueirão 43,800 orang, Stadium Mineirão 75,000 orang, Stadium Estádio Mané Garrincha 45,200 orang, Stadium Estádio Pedro Pedrossian 44,000 orang, Stadium Verdão 40,000 orang, Stadium Arena da Baixada 25,272 orang, Stadium Orlando Scarpelli19,908 orang, Stadium Estádio Castelão 60,326 orang, Stadium Estádio Serra Dourada 45,000 orang, Stadium Arena Zagallo 45,348 orang, Stadium Estádio Vivaldo Lima 40,550 orang, Stadium Estádio Estrela dos Reis Magos 65,100 orang, Stadium Beira-Rio 56,000 orang, Stadium OlindaArena Recife-Olinda 48,500 orang, Stadium BrancoArena da Floresta 20,000 orang, Stadium Maracanã 95,000 orang, Stadium Arena Bahia 60,000 orang dan terakhir Stadium Morumbi 75,000 orang penonton! 6) Penganjurann Piala Dunia Termahai Brazil akan menganjurkan Piala Dunia yang paling mahal pernah dianjurkan dan ekonomi negaranya mungkin akan terkesan oleh pelaburan besar-besaran ini. Penambahbaikan infrastruktur dan pembinaan stadium baru serta kerja keras untuk mengurangkan jenayah disamping memastikan keselamatan pengunjung ke Piala Dunia adalah antara usaha mereka untuk mempersembahkan acara paling berprestij. Kos keseluruhan dianggarkan berjumlah USD13-18 bilion yang hampir melebihi kos tiga Piala Dunia sebelum ini digabungkan sekali! 7) Mogok Dan Protes Beberapa hari sebelum majlis perasmian, acara ini dicemari dengan mogok dan protes. Pembangkang kepada temasya ini berkata lebih bagus jika perbelanjaan kerajaan sebanyak $11 bilion (RM35 bilion) untuk menganjurkan temasya ini diperuntukkan untuk sistem pengangkutan, sekolah dan penjagaan kesihatan. 8) Tiada Ucapan Pembukaan Dalam kes Piala Konfederasi FIFA 2013, para pegawai FIFA telah di'boo' oleh peminat bolasepak Brazil ketika cuba menyampaikan ucapan semasa perasmian kejohanan tersebut. Ramai warga Brazil meluahkan kemarahan kerana kos menganjurkan Piala Rio Weld sebagaimana korupsi yang melanda negara mereka malah berdemonstrasi di jalanan sebelum ketibaan Piala Konfederasi FIFA 2013 tersebut bagi memastikan suara mereka didengari. Oleh kerana itulah perancangan untuk ucapan rasmi Piala Dunia oleh Presiden Brazil, Dilma Rouseff dan Presiden FIFA, Sepp Blatter, dibatalkan. 9) Ganjaran USD35 juta adalah apa yang Juara Piala Dunia 2014 boleh impikan jika mereka menang. Naib juara akan menerima USD25 juta. USD9 juta diperuntukkan semasa perlawanan Piala Dunia 2014 peruntukkan kepada pasukan yang kalah dalam perlawanan Round-of-16 sebagai saguhati. 10) Pampasan dan Kos Pembelanjaan USD70 juta adalah apa yang pasukan negara yang bermain pada Piala Dunia 2014 akan terima sebagai pampasan sebagai kos dan perbelanjaan yang akan diedarkan melalui persatuan kebangsaan mereka untuk kos insurans dan perbelanjaan kejohanan. 11) Permintaan Istimewa Permintaan istimewa di hotel penginapan Pasukan Uruguay - Penghawa dingin senyap Pasukan Portugal - Sebuah komputer di setiap bilik Pasukan Jepun - Jakuzzi di setiap bilik Pasukan Algeria - Sebuah Al-Qur'an di setiap bilik Pasukan Perancis - Sabun mandi cecair diwajibkan bagi menggantikan sabun buku Pasukan Ecuador - Pisang Ecuador di setiap bilik P/s: Sebenarnya kalau nak kongsi fakta-fakta menarik mengenai #FIFA2014Brazil, memang banyak ini antara serba sedikit kehangatan pesta bola dari www.sobriyaacob.com boleh kongsikan! Masih terbayang-bayang tandukan Van Persie! excited waiting next game :P
Tarian Harlem Shake yang popular di YouTube menjadi pesaing populariti Gangnam Style milik Psy. Apakah tarian ini bakal popular seperti Gangnam Style? biasanya tarian ini mesti menari dengan beramai-ramai.

Tarian Harlem Shake sebenarnya adalah dicipta oleh TheSunnyCoastSkate dan Filthy Frank, mereka yang memulakan aksi ini maka lahirlah Harlem Shake. Video tersebut menampilkan satu orang yang menari saat intro, dan apabila lagu memasuki reff semua orang ikut menari bersama.


Disaat ini, banyak sekali orang yang membuat Harlem Shake dengan cara mereka sendiri. Ada yang menggunakan pelbagai kostum yang lucu seperti haiwan, dan topeng2 yang kelakar. Tapi yang pasti, mereka tetap meletakkan lagu "Harlem Shake" yang menjadi ciri khas dari tarian tersebut.

#Mari kita layan video dibawah ini. Sebenarnya ada banyak lagi di youtube ini cuma saya beri contoh sahaja.

Apa yang menariknya? Warisan.net mempunyai chat seperti Facebook untuk memudahkan pengguna berhubung dan juga boleh mengupload gambar, video,blog, games, dan banyak lagi. Warisan.net adalah satu kemudahan sosial yang menghubungkan pengguna di seluruh Malaysia dengan rakan-rakan dan lain-lain yang bekerja, belajar dan tinggal di sekeliling mereka.


Contoh gambar hadapan

Gambar Profile saya

Klik sini untuk daftar - www.warisan.net
Tag :